OPERASI SAR kanak-kanak yang lemas di Sungai Kampung Buntal, Kuching diteruskan untuk hari kedua. FOTO APMM Sarawak
OPERASI SAR kanak-kanak yang lemas di Sungai Kampung Buntal, Kuching diteruskan untuk hari kedua. FOTO APMM Sarawak
Mohd Roji Kawi

HARI kedua operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak 11 tahun yang lemas di Sungai Kampung Buntal, Kuching, semalam oleh (SAR) Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi kesukaran berikutan arus deras.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berkata, operasi hari lebih banyak dilakukan oleh anggota JPBM di kawasan sungai.

Selain anggota penyelam PPDA, pencarian turut dibantu anjing pengesan dari Unit K9 JBPM Sarawak.

“Pasukan penyelam bomba tidak dapat menyelam kerana arus kuat.

“Mangsa dipercayai hanyut ke hulu sungai dan beberapa kawasan juga sudah dikenal pasti oleh Unit K9 bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencarian hari kedua hari ini membabitkan seramai 69 orang dari pelbagai agensi dengan bantuan penduduk kampung.

“Pencarian di laut turut dijalankan dalam radius 20 batu nautika,” katanya.

Mangsa, Zainul Arif Jalani,11, berasal dari Kampung Meludam, Pusa dikatakan jatuh sebelum hanyut dibawa arus lalu tenggelam.

Ketika kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa dikhuailtiri lemas selepas terjatuh ketika memancing bersama dua rakannya di sungai Kampung Buntal.

Berita berkaitan

'Kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika memancing

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 8:11 PM