JASAD Zainul dijumpai pada jam 3.50 petang tadi.
JASAD Zainul dijumpai pada jam 3.50 petang tadi.
Mohd Roji Kawi


KANAK-KANAK lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Kampung Buntal di Kuching, kelmarin ditemukan mati lemas, hari ini.

Jasad Zainul Arif Jalani, 11, ditemukan penduduk kampung yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.50 petang tadi.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba san Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, jasad mangsa ditemukan pada jarak 2.5 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) Buntal.

“Jasad kemudiannya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4 petang,” katanya.

Operasi SAR selama tiga hari membabitkan seramai 69 orang dari pelbagai agensi dengan bantuan penduduk kampung.

Mangsa yang berasal dari Kampung Meludam, Pusa dalam Bahagian Betong dikatakan jatuh sebelum hanyut dibawa arus lalu tenggelam.

Kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin berlaku ketika mangsa sedang memancing bersama dua rakannya di sungai Kampung Buntal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 5:15 PM