ANGGOTA bomba dan polis berusaha mencari mangsa dikhuatiri lemas. FOTO Mahzir Mat Isa
ANGGOTA bomba dan polis berusaha mencari mangsa dikhuatiri lemas. FOTO Mahzir Mat Isa
Kalbana Perimbanayagam dan Mohd Hasbi Sidek

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) empat mangsa dihanyutkan arus ketika memancing di Sungai Gasi, dekat Sungai Buloh akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hassan As'ari Omar berkata, pihaknya menggerakkan dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan dua bot untuk mencari mangsa.

‎"Ketika ini operasi SAR diteruskan dengan kekuatan 70 anggota dari pelbagai agensi.

"Pemantauan dilakukan di sepanjang sungai sehingga ke Kuala Selangor dengan beberapa 'check point' di Jambatan Kubu Gajah, Jambatan Merbau Sempah dan di kawasan perangkap sampah Bestari Jaya serta Kuala Selangor, " katanya ketika ditemui pada sidang media di pusat operasi dekat Kampung Paya Jaras Hulu, Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan S Somu berkata, mayat pertama ditemui 8.40 malam tadi.

“Mayat seorang lelaki ditemui pada 8.40 malam tadi dan dihantar terus ke Hospital Sungai Buloh.

‎"Identiti mayat belum dikenalpasti dan pihak kami sudah menghubungi pihak keluarga untuk membuat pengecaman," katanya.

‎Beliau berkata, sehingga kini pihaknya mendapati lima mangsa dihanyutkan arus dalam kejadian itu dan belum menerima tambahan laporan kehilangan lain.

Berita berkaitan:

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 12:50 AM