KARNIVAL Bandaraya Seremban 2020 ditangguhakan bagi mengelak penularan wabak Covid-19. FOTO Arkib NSTP
KARNIVAL Bandaraya Seremban 2020 ditangguhakan bagi mengelak penularan wabak Covid-19. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

PENGANJURAN Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), yang dijadual berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini, ditangguhkan ke satu tarikh akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya berkata, langkah itu diambil bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

“Karnival dijadualkan berlangsung di Padang MBS ditangguhkan atas nasihat dan pandangan pelbagai pihak.

“Sebagai mana kita semua maklum, pada masa sekarang kita berada dalam keadaan berjaga-jaga dan aktiviti keramaian pada masa ini tidak digalakkan disebabkan penularan wabak Covid-19 di negara ini,” katanya pada sidang media di Wisma MBS di Seremban, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 7:19 PM