LING Tian Soon. FOTO Arkib NSTP
LING Tian Soon. FOTO Arkib NSTP
Adnan Ibrahim


PEMUDA MCA Johor menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bagi memilih sekurang-kurangnya seorang wakil parti itu dalam barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) yang baharu.

Ketuanya, Ling Tian Soon berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian memandangkan MCA tidak mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Namun beliau yang juga Setiausaha Pengurusan Kebangsaan MCA, menegaskan barisan EXCO yang akan dibentuk dalam masa terdekat ini perlu dibarisi pemimpin dari pelbagai kaum sejajar dengan kerjasama dalam Perikatan Nasional.

“MCA tidak ada dalam DUN Johor. Tetapi MCA sebahagian Perikatan Nasional yang dianggotai UMNO, Bersatu dan MIC.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Menteri Besar, sekurang- urangnya ada wakil yang akan jadi penghubung antara kerajaan negeri dengan masyarakat Cina,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Soon mengharapkan kerajaan negeri baharu memberi perhatian serius terhadap kenaikan cukai tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri terdahulu.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, kenaikan cukai tanah sangat membebankan. Oleh itu kerajaan negeri baharu perlu buat sesuatu,” katanya.

Selain itu keutamaan perlu diberikan kerajaan negeri baharu dengan menambaik kekuatan dan sumber ekonomi negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 6:21 PM