Salahuddin ketika tiba di luar pekarangan pintu Istana Negara, Kuala Lumpur semalam. Foto Aizuddin Saad
Salahuddin ketika tiba di luar pekarangan pintu Istana Negara, Kuala Lumpur semalam. Foto Aizuddin Saad
Omar Ahmad dan Mohd Fahmi Mohd Yusof.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub tetap dengan pendirian menyokong dan bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan media di Johor Bahru hari ini, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu memberi penjelasan tindakannya tidak hadir menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Bukit Timbalan semalam.

Menurutnya, selaku Ahli Parlimen Pulai bersama-sama Ahli Parlimen lain dari Amanah berada di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang dititahkan.

“Selaku Ahli Parlimen, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan mandat rakyat.

“Pada masa yang sama, selaku ADUN di Johor, saya juga dititahkan untuk menghadap DYMM Sultan Johor.

“Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak sempat untuk menghadap DYMM Sultan Johor dalam masa yang ditetapkan. Namun, saya sentiasa menjunjung duli DYMM Sultan Johor.

“Pada masa yang sama, seperti yang semua sedia maklum, sokongan saya kepada PH tidak pernah berbelah bagi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 5:54 PM