AZHAR Azizan @ Harun atau Art Harundan Tan Sri Dr Rais Yatim. FOTO arkib NSTP
AZHAR Azizan @ Harun atau Art Harundan Tan Sri Dr Rais Yatim. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Persidangan khas Parlimen dicadang diadakan sebelum 1 Ogos ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan bersama berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan majlis menghadap semalam.

Menurut kenyataan itu, pada majlis menghadap berkenaan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

Majlis itu turut dihadiri timbalan-timbalan Yang Dipertua kedua-dua dewan.

"Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 3:35 PM