TENGKU Razaleigh Hamzah. FOTO arkib NSTP
TENGKU Razaleigh Hamzah. FOTO arkib NSTP
Wartawan NSTP


TIADA sebarang perbincangan dalam kalangan UMNO berhubung siapa bakal mengisi jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan, hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jawatan terbabit hanya akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Tiada (perbincangan siapa bakal calon Perdana Menteri). Itu Yang di-Pertuan Agong yang tentukan," katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya berhubung situasi politik semasa negara, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertukar.

"Baguslah ada tukar kerajaan. Pasaran saham kita jatuh, ringgit pun jatuh. Setakat ini semua sudah tiada jawatan menteri... semua menteri dah gugur dan kerajaan pun sudah jatuh," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 7:30 PM