SKMM tidak memberi sebarang kelulusan terhadap sebarang aplikasi penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama dan kandungan dilindungi secara haram.
SKMM tidak memberi sebarang kelulusan terhadap sebarang aplikasi penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama dan kandungan dilindungi secara haram.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak memberikan sebarang kelulusan terhadap sebarang aplikasi penstriman dan memuat turun sebarang filem, drama dan kandungan dilindungi secara haram.

SKMM dalam kenyataannya memaklumkan perakuan dikeluarkan SIRIM untuk kotak tv android hanya membabitkan pematuhan modul wifi dan Bluetooth terhadap standard teknikal yang dikuatkuasakan SKMM.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, SKMM memberi amaran tegas kepada pembekal dan penjual supaya tidak menyalah gunakan label SKMM untuk menggambarkan pihaknya membenarkan jualan kotak tv android.

“SKMM tidak berkompromi sekiranya mendapati berlakunya penyalahgunaan label suruhanjaya oleh penjual dan tindakan pembatalan sijil perakuan kotak tv android yang berada di pasaran tanpa prejudis mengikut peruntukan undang-undang.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan kotak tv android yang mengandungi aplikasi atau disertakan dengan pakej

perkhidmatan penstriman kandungan dilindungi hak ciptanya,” katanya, hari ini.

Katanya, bermula Oktober 2018 hingga Januari lalu, SKMM sudah mengeluarkan kompaun sejumlah RM67,000 terhadap empat kesalahan membeli dan menjual kotak tv android yang tidak diperakui.

Tambahnya, tujuh kes lain sudah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda sejumlah RM194,500 bagi tempoh yang sama.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengesahkan sebarang kelengkapan komunikasi yang dibeli itu diperakui menerusi aplikasi ‘Check Your Label’ atau melayari laman web https://ecomm.sirim.my,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 4:36 PM