Zuhainy Zulkiffli

DUA penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Thean Teik, Air Itam, Georgetown.

Dalam kejadian itu juga, seorang penunggang motosikal cedera akibat dirempuh Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 20-an.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam tadi.

ORANG ramai melihat kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Thean Teik. FOTO ihsan pembaca
ORANG ramai melihat kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Thean Teik. FOTO ihsan pembaca

Katanya, lelaki berusia 58 tahun dan wanita berusia 41 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala penunggang lelaki berusia 21 tahun cedera.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta tiada rekod jenayah kecuali satu kes saman trafik.

“Pemandu kereta juga didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan polis masih menunggu keputusan ujian air kencing lelaki itu,” katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 11:28 PM