ANGGOTA bomba membantu wanita yang cedera tertusuk tongkat sisi motosikal akibat kemalangan. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba membantu wanita yang cedera tertusuk tongkat sisi motosikal akibat kemalangan. FOTO Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Seorang wanita menahan kesakitan selepas betis pada kaki kirinya cedera tertusuk tongkat sisi motosikal dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Thean Teik, di sini hari ini.

Pasukan bomba dipanggil bagi melakukan tugas khas memotong besi yang tertusuk pada betis mangsa berusia 54 tahun itu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Muhamad Noor Hisyam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.35 pagi.

Katanya, kemalangan berkenaan berlaku di persimpangan lampu isyarat.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

"Pemandu kereta berusia 43 tahun tidak mengalami cedera manakala betis kaki kiri seorang wanita didapati tertusuk tongkat sisi motosikal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

ANGGOTA bomba membantu wanita yang cedera tertusuk tongkat sisi motosikal akibat kemalangan. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba membantu wanita yang cedera tertusuk tongkat sisi motosikal akibat kemalangan. FOTO Ihsan JBPM

Mengulas lanjut Muhammad berkata, pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi memotong besi berkenaan.

"Bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi memotong besi itu.

"Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 12:43 PM