RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek yang beredar selepas menyamun wanita di Seksyen 10, Wangsa Maju. FOTO ihsan Polis
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek yang beredar selepas menyamun wanita di Seksyen 10, Wangsa Maju. FOTO ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


WANITA kerugian wang tunai RM200 dan telefon pintar selepas disamun lelaki bersenjatakan parang ketika ingin masuk ke rumahnya di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, 37, tergamam apabila suspek terus mengacu parang ke lehernya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa baru pulang dari Danau Kota, Setapak sebelum disamun ketika membuka pintu rumah.

Menurutnya, suspek kemudian merampas beg tangannya dan melarikan diri.

Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Mangsa kehilangan wang tunai RM200, telefon telefon iPhone XS Max dan pasport.

“Polis sedang menyemak rakaman kamera litar kamera (CCTV) dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Rajab berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azlan Sudin ditalian 012-490 0460 atau Asisten Superintendan Shahrizal Salleh ditalian 017-713 4705.

“Usaha memburu suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 9:38 PM