ANGGOTA bomba memotong cincin yang tersekat di jari mangsa. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba memotong cincin yang tersekat di jari mangsa. FOTO ihsan bomba
Ibrahim Isa


PEKERJA di sebuah di Batu Pahat melalui pengalaman mencemaskan apabila cincin yang dipakai di jari manis tersekat selepas cedera ketika menurunkan kayu, kira-kira 10 pagi hari ini.

Ketua Operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Noor Rashid Mohd Tugirin berkata, mangsa dikenali sebagai Dobi Santika, 25, tiba di BBP Yong Peng pada jam 10.35 pagi dengan jari manis tangan kanannya berlumuran darah.

“Apabila diperiksa kami dapati jarinya itu cedera dan cincin yang dipakainya memburukkan luka berkenaan.

“Berikutan itu, tiga anggota terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong cincin itu menggunakan gergaji besi.

“Kami terpaksa mengambil masa lama dan berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Menurutnya, cincin berjaya dipotong dan mangsa meninggalkan BBP pada jam 10.50 pagi.

Katanya, lelaki warga Indonesia itu kemudiannya pergi ke klinik swasta ditemani rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Disember 2019 @ 6:45 PM