RASHIDILHADI (tengah) ketika mengadakan sidang media di pejabat APMM Kemaman, malam tadi. - FOTO Rosli Ilham.
RASHIDILHADI (tengah) ketika mengadakan sidang media di pejabat APMM Kemaman, malam tadi. - FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


USAHA membawa pulang tiga pekerja resort di Pulau Tenggol berdepan halangan berikutan keadaan laut bergelora dan angin kencang, petang semalam.

Kapal KM Pekan milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang membawa tiga mangsa terpaksa merempuh ombak besar setinggi 1.5 meter.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, kapal itu pada asalnya dijadualkan tiba di muara Kuala Dungun pada 11 malam tadi.

“Kapal itu bertolak dari pelantar minyak Bunga Orkid milik PETRONAS pada 2.30 petang, namun keadaan laut dan angin kencang menyebabkan ia gagal tiba pada waktu dijadualkan.

“Selain itu, kami turut mengubah lokasi dari muara Kuala Dungun ke muara Kuala Terengganu berikutan keadaan air yang cetek dengan kapal dijangka tiba pada 7.30 pagi esok (hari ini),” katanya pada sidang media di Pejabat APMM Kemaman di Chukai, malam tadi.

Rashidilhadi berkata, dua bot iaitu Pengalang 17 dan Kilat 2 akan mengambil semua mangsa sebelum dibawa masuk ke Jeti APMM Pulau Kambing.

Beliau berkata, tiga mangsa iaitu Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

“Mereka akan dibawa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan.

“Kami sudah memaklumkan ahli keluarga mangsa supaya menunggu di Pulau Kambing, Kuala Terengganu selain turut meminta maaf diatas kesulitan yang berlaku.

“Mengenai bot gentian dinaiki tiga mangsa, setakat ini kami masih belum menemui bot itu dan tindakan lanjut akan dilakukan selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, tiga mangsa yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemui selamat pada 11.45 malam kelmarin oleh bot nelayan laut dalam tempatan yang terdiri daripada tekong dan awak-awak warga Thailand.

Berita berkaitan

'Segera tubuh Jawatankuasa Pengurusan Krisis'

'APMM bawa pulang 3 pekerja resort'

'Allah makbulkan doa saya hari ini'

Alhamdulillah semua selamat

Mereka mungkin hanyut ke Vietnam

'Semoga pencarian tiga lelaki dipermudahkan'

'Impikan hadiah hari jadi terindah'

''Kami tak buat begitu, malu betul...''

'Pencarian diperluaskan'

'Rahsiakan daripada ibu'

'Doakan anak saya selamat'

Jangan sebar maklumat palsu boh!

'Firasat saya, mereka masih hidup'

Pencarian sehingga 10 batu nautika

Tiga lelaki tak sampai-sampai...

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 1:02 AM