Keadaan rumah mangsa selepas tong gas LPG meletup. FOTO Ihsan JBPM
Keadaan rumah mangsa selepas tong gas LPG meletup. FOTO Ihsan JBPM
Izlaily Nurul Ain Hussein


WANITA cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya dI Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai Johor Bahru hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, beberapa bahagian rumah termasuk pintu dan tingkap kaca pada dapur serta ruang tamu dan bumbung turut mengalami kerosakan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Razali Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi sebelum jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kita dapati mangsa sudah dibawa keluar oleh jiran dan terus dihantar ke hospital, identitinya juga tidak kami ketahui.

“Kita membuat ‘size up’ di lokasi dan mendapati tiada kesan kebakaran dalam rumah itu.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya yang menyatakan operasi tamat 8.55 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 3:50 PM