Anggota APM membantu pekerja binaan yang cedera selepas pelantar bangunan dalam pembinaan di Jalan Wangsa Delima 8, Kuala Lumpur runtuh, hari ini. Foto Ihsan APM
Anggota APM membantu pekerja binaan yang cedera selepas pelantar bangunan dalam pembinaan di Jalan Wangsa Delima 8, Kuala Lumpur runtuh, hari ini. Foto Ihsan APM
Nurul Hidayah Bahaudin


EMPAT pekerja binaan warga Bangladesh parah selepas pelantar bangunan dalam proses pembinaan di Jalan Wangsa Delima 8 di Kuala Lumpur runtuh, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9 malam tadi.

“Seramai 12 anggota bersama tiga ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba didapati empat pekerja terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an cedera dihempap batu.

“Difahamkan pelantar bangunan terbabit runtuh menyebabkan empat mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dihempap batu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, keempat-empat mangsa mengalami kecederaan di badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 10:51 PM