PENDUDUK Orang Asli Kampung Pasir Linggi kuarantin diri sendiri di rumah untuk elak dijangkiti kuman paru-paru. FOTO Ramli Ibrahim
PENDUDUK Orang Asli Kampung Pasir Linggi kuarantin diri sendiri di rumah untuk elak dijangkiti kuman paru-paru. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

SERAMAI 304 Orang Asli suku Batek dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang yang menjalani saringan Khamis lalu disahkan bebas daripada jangkitan kuman paru-paru.

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Ramli Bebas, berkata, keputusan itu membuatkan mereka lega.

Namun katanya, penduduk tetap memlilih untuk kuarantin dan tidak melawat rakan di Kampung Kuala Koh buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.

“Hasil saringan membabitkan 304 penduduk termasuk kanak-kanak yang dilakukan Jabatan Kesihatan mendapati kami bebas daripada sebarang jangkitan kuman paru-paru,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Abdul Razak Salleh, 54, berkata, walaupun penduduk kampung ini bebas dijangkiti penyakit berkenaan tetapi perlu lebih berhati-hati.

Katanya, pergerakan penduduk juga terhad di samping mengambil langkah kuarantin sendiri di rumah sehingga keadaan Kampung Kuala Koh benar-benar terjamin.

“Memangla selepas mendapat tahu rakannya di kampung itu ramai yang mati kerana dipercayai dijangkiti kuman paru-paru amat membimbangkan kami.

“Tetapi, selepas kami semua menerima saringan kesihatan empat hari lalu diberitahu selamat daripada jangkitan penyakit itu, ia cukup melegakan kami,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 12:57 PM