RUMAH kampung dua tingkat hangus dalam kebakaran di Kampung Tanah Liat di Bukit Mertajam. FOTO Ihsan Bomba
RUMAH kampung dua tingkat hangus dalam kebakaran di Kampung Tanah Liat di Bukit Mertajam. FOTO Ihsan Bomba
Hadzlihady Hassan


RUMAH kampung dua tingkat hangus dalam kebakaran di Kampung Tanah Liat di Bukit Mertajam, hari ini.

Kebakaran 4.30 petang itu turut memusnahkan semua baju raya yang sudah dibeli pemilik rumah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan 4.44 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kami mendapati rumah dua tingkat terbabit musnah keseluruhannya dan dua motosikal turut terbakar.

“Rumah terbabit adalah separa kayu serta batu dan kerja pemadaman selesai dilakukan 5.17 petang,” katanya.

Menurutnya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 1:06 AM