KOTAK mengandungi rokok seludup diletakkan di dalam bonet kereta dipandu lelaki Bangladesh. FOTO ihsan Polis
KOTAK mengandungi rokok seludup diletakkan di dalam bonet kereta dipandu lelaki Bangladesh. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI warga Bangladesh ditahan di Batu Pahat, selepas didapati menyeludup rokok, kelmarin.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan menemui kotak mengandungi rokok seludup bernilai RM5,000 di dalam kereta dipandu suspek pada 9.30 malam.

“Hasil pemeriksaan dilakukan menemui lebih 100 karton kotak rokok seludup pelbagai jenama di dalam bonet kereta dipandu lelaki berkenaan.

“Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai baru saja menerima bekalan rokok seludup terbabit di lokasi lain sebelum dibawa masuk menggunakan kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Ghani berkata, hasil risikan dilakukan, pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai sudah melakukan kegiatan seludup rokok sejak beberapa tahun lalu.

“Bekalan rokok seludup diperolehi lelaki berkenaan dipercayai dari negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

“Lelaki itu ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Keterangan gambar:

1. KOTAK mengandungi rokok seludup diletakkan di dalam bonet kereta dipandu seorang lelaki Bangladesh yang ditahan di Batu Pahat, Johor, kelmarin.

From: No’Rule

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 6:46 PM