KAKITANGAN MARA Pahang berkumpul di tepi jalan untuk memberikan bubur lambuk percuma kepada orang ramai. FOTO Asrol Awang
KAKITANGAN MARA Pahang berkumpul di tepi jalan untuk memberikan bubur lambuk percuma kepada orang ramai. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


SERAMAI 500 pengguna jalan raya menerima agihan bubur lambuk daripada Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pahang, semalam.

Pengguna yang melalui Jalan Gambut, Kuantan berpeluang mendapat bubur percuma itu yang menjadi menu pilihan MARA Pahang serta Kelab Kebajikan dan Sosial MARA (KKSM) Pahang untuk disumbangkan.

Pemangku Pengarah MARA negeri Zul Bahri Hamzah berkata, agihan juadah berbuka itu sebagai sumbangan ikhlas daripada kakitangan MARA bagi memuliakan Ramadan.

“Kedatangan Ramadan juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan MARA Pahang disamping membentuk nilai murni kerana program tahunan ini dilakukan secara bergotong-royong,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KKSM Renawati Mohamad berkata, seramai 79 kakitangan MARA menjayakan program pengagihan terbabit.

“Dengan sumbangan ini, kita dapat menceriakan pengguna jalan raya apabila mereka berbuka nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 12:17 PM