Kakitangan dari MSU menyampaikan bubur lambuk kepada warga NSTP di Drive Way NSTP, Balai Berita Jalan Riong.
Kakitangan dari MSU menyampaikan bubur lambuk kepada warga NSTP di Drive Way NSTP, Balai Berita Jalan Riong.

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,000 mangkuk bubur lambuk diedarkan kepada kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita di sini, semalam untuk juadah berbuka puasa.

Program agihan bubur lambuk itu anjuran Management & Science University (MSU) College yang bermula jam 3 petang.

Penolong Pengarah Pembangunan Kerjaya dan Pelajar MSU Mohd Adnan Rosley berkata, selain kumpulan media, program agihan itu turut membabitkan beberapa sekolah, anggota pasukan keselamatan dan masjid.

“Program ini kesinambungan kepada majlis berbuka puasa dan bersahur yang diadakan setiap tahun.

“Melalui program ini secara tidak langsung ia merapatkan kerjasama dan ukhuwah antara warga MSU dengan masyarakat selain dapat mengimarahkan aktiviti Ramadan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 7:52 AM