Lori yang terbabas dan merempuh hentian serta eskalator Stesen LRT Taipan, USJ 9 Subang Jaya hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Lori yang terbabas dan merempuh hentian serta eskalator Stesen LRT Taipan, USJ 9 Subang Jaya hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Norizuan Shamsuddin


PEMANDU lori cedera apabila kenderaan dipandu terbabas serta merempuh hentian dan eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taipan, USJ 9, Subang Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan 5.30 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori model Hino terbabit dalam perjalanan dari Persiaran Kewajipan LRT Taipan menghala ke arah USJ.

“Kejadian berlaku apabila pemandu lori terbabit terbabas lalu melanggar hentian LRT dan kemudian merempuh eskalator LRT.

“Kejadian menyebabkan pemandu itu cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 6:11 PM