TANGKI air di FELDA Palong 12, Jempol. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
TANGKI air di FELDA Palong 12, Jempol. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


POLIS masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat yang ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12, di Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, keputusan itu berkemungkinan mengambil masa yang panjang antara dua hingga tiga bulan.

“Dalam kes ini, ujian mengambil masa disebabkan hanya cebisan daging dan rangka ditemui di dalam tangki air berkenaan.

“Polis berusaha sedaya upaya menyelesaikan kes secepat mungkin, namun pada peringkat ini, kita perlu menunggu keputusan ujian DNA terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, pihaknya tidak boleh mengesahkan sama ada rangka itu milik mangsa yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sebelum itu atau sebaliknya.

Pada 25 Mac lalu, mayat ditemui terapung dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di Felda Palong 12 di sini, 11.30 pagi.

Siasatan awal polis berdasarkan penemuan dompet dan MyKad di dalam seluar dijumpai bersama mayat itu didapati milik lelaki berasal dari Desa Keratong, Rompin.

Mayat itu dipercayai Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 22, penuntut tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Raub, Pahang yang hilang 9 Julai tahun lalu.

Berita berkaitan

Mayat lelaki dalam tangki air

[UPDATE] Polis jumpa tengkorak, cebisan daging

Penduduk enggan minum 'air mayat'

[UPDATE] Biar polis buat kerja

'Jika betul dia, semoga rohnya tenteram'

Harus jika terminum 'air mayat' - Mufti

Polis jumpa motosikal Muhammad Aiman

Tangki sudah bersih, bekalan air pulih

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/438804/netizen-tolong-hormat-...">'Netizen tolong hormat perasaan kami'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 2:10 PM