Keratan laporan sebelum ini.
Keratan laporan sebelum ini.
Abnor Hamizam Abd Manap


“SAYA harap netizen menghormati perasaan ahli keluarga saya dan berhenti cakap bukan-bukan,” kata lelaki yang yakin mayat ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12, Jempol, Isnin lalu adalah adiknya, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21.

Dia yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sangat kecewa apabila membaca pelbagai komen ditinggalkan netizen di Facebook, mengulas kejadian menimpa adiknya yang sebelum ini hilang sejak lapan bulan lalu.

Katanya, mereka terguris dengan komen negatif ditinggalkan selain tuduhan melampau hingga menyinggung perasaan terutama kepada ibu bapanya.

“Sudahlah bercakap hal ini dan biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lelaki itu yang menetap di Desa Keratong Indah, Pahang, berharap polis dapat menyegerakan siasatan bagi mengesahkan sama ada mayat itu adiknya yang hilang selain mahu tahu punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, buat masa ini tiada petunjuk baharu ditemui dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, pihaknya juga belum memanggil individu disyaki untuk merakam keterangan, selain menafikan ada menahan seorang wanita yang dikatakan teman wanita kepada Muhammad Aiman Hakim di tanah rancangan berkenaan.

Beliau berkata, buat masa ini kes masih diklasifikasikan mati mengejut.

Berita berkaitan

Mayat lelaki dalam tangki air

[UPDATE] Polis jumpa tengkorak, cebisan daging

Penduduk enggan minum 'air mayat'

[UPDATE] Biar polis buat kerja

'Jika betul dia, semoga rohnya tenteram'

Harus jika terminum 'air mayat' - Mufti

Polis jumpa motosikal Muhammad Aiman

Tangki sudah bersih, bekalan air pulih

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2019 @ 4:50 PM