CONTOH borang untuk mengemukakan cukai. FOTO NSTP
CONTOH borang untuk mengemukakan cukai. FOTO NSTP
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


PROGRAM Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) fasa pertama dengan pengenaan kadar penalti 10 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan, dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan dipersetujui oleh Jemaah Menteri berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai.

Katanya, sehingga 31 Mac lalu, sejumlah 381,979 pengakuan sukarela sudah diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Bagi fasa kedua PKPS dengan pengenaan kadar penalti 15 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan pula akan bermula pada 1 Julai dan tamat 30 September.

“Pada masa sama mulai 1 Oktober ini, kadar penalti daripada 45 peratus ke atas akan dikenakan bagi mana-mana kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan kesalahan kurang melaporkan cukai pendapatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi PKPS, pengakuan sukarela bagi pendapatan tidak dilaporkan yang dibuat bermula 3 November 2018 hingga 31 Mac 2019, hanya akan dikenakan 10 peratus penalti daripada jumlah cukai perlu dibayar.

Sementara, pengakuan daripada 1 April hingga 30 Jun tahun ini, dikenakan penalti sebanyak 15 peratus daripada jumlah cukai perlu dibayar.

Kadar penalti sebanyak 80 peratus hingga 300 peratus akan dikenakan selepas tempoh program khas itu berakhir pada 30 Jun ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kerajaan berharap dengan perlanjutan tempoh diberikan ini, lebih ramai pembayar cukai akan menyertai PKPS bagi membolehkan mereka menikmati kadar penalti rendah dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan cukai.

“Pengakuan sukarela bagi pembayar cukai kategori individu boleh dibuat sehingga pendapatan tahun berakhir 31 Disember 2017, manakala bagi pembayar cukai kategori syarikat pula, pengakuan sukarela boleh dibuat bagi pendapatan sehingga tempoh perakaunan 31 Mac 2018,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PKPS memberikan fokus utama kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara serta mempunyai pendapatan dijana dari dalam Malaysia tetapi belum melaporkannya kepada LHDN.

Katanya, kerajaan juga mengalu-alukan mana-mana pembayar cukai tempatan yang tidak mempunyai akaun bank di luar negara untuk membuat pengakuan secara sukarela berhubung pendapatan berpunca dari dalam Malaysia dan belum dilaporkan sekiranya ada.

“LHDN juga mematuhi arahan kerajaan tahun lalu supaya sebarang siasatan dijalankan tanpa ugutan atau ancaman, termasuk menghentikan semua serbuan ke atas rumah atau pejabat pembayar cukai dengan ditemani oleh anggota bersenjata dan memakai topeng muka.

“Sekiranya ada mana-mana pihak mengingkari arahan ini, pihak yang terkesan diminta membuat aduan kepada pihak LHDN atau Kementerian Kewangan,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, LHDN akan menerima setiap pengakuan sukarela dengan suci hati dan tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan terhadap pengakuan sukarela itu.

“LHDN juga akan mengeluarkan surat pengesahan bagi setiap pengakuan sukarela yang diterima.

“Surat kesahihan pelaporan cukai secara sukarela teratur akan diberikan setakat 2017 untuk individu dan 31 Mac 2018 untuk syarikat,” katanya.

Sebarang keterangan lanjut boleh mengunjungi pejabat LHDN berhampiran atau hubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (luar negara) atau emel pertanyaan kepada [email protected]. 15 peratus daripada jumlah cukai perlu dibayar.

Beliau berkata, kerajaan berharap dengan perlanjutan tempoh yang diberikan ini, lebih ramai pembayar cukai akan menyertai

PKPS bagi membolehkan mereka menikmati kadar penalti yang rendah dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan cukai mereka.

“Pengakuan sukarela bagi pembayar cukai kategori individu boleh dibuat sehingga pendapatan tahun berakhir 31 Disember

2017, manakala bagi pembayar cukai kategori syarikat pula, pengakuan sukarela boleh dibuat bagi pendapatan sehingga

tempoh perakaunan 31 Mac 2018.

“LHDN juga sudah mematuhi arahan kerajaan pada tahun lalu, agar sebarang siasatan dijalankan tanpa ugutan atau ancaman,

termasuk menghentikan semua serbuan ke atas rumah atau pejabat pembayar cukai dengan ditemani oleh anggota yang bersenjata

dan memakai topeng muka ‘balaclava’.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mengingkari arahan ini, pihak yang terkesan diminta membuat aduan kepada pihak LHDN

atau Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata, LHDN akan menerima setiap pengakuan sukarela berkenaan dengan suci hati dan tindakan audit serta siasatan

tidak akan dilakukan terhadap pengakuan sukarela itu.

“LHDN juga akan mengeluarkan surat pengesahan bagi setiap pengakuan sukarela yang diterima dan surat kesahihan pelaporan

cukai secara sukarela adalah teratur akan diberikan setakat 2017 untuk individu dan 31 Mac 2018 untuk syarikat,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi Pejabat LHDN berhampiran atau hubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1800885436

atau 6037713 6666 (Luar Negara) atau menghantar emel pertanyaan kepada [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 2:20 PM