Keratan laporan sebelum ini.
Keratan laporan sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS berjaya menahan lelaki berbadan gempal yang merompak sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Dia ditahan bersama isterinya malam semalam di sekitar Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suami isteri berusia 45 tahun itu diperlukan untuk siasatan kes rompakan dan melarikan rantai emas bernilai RM1,500.

Katanya, kedua-duanya direman selama tujuh hari bermula hari ini, mengikut Seksyen392/397 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan lelaki berbadan gempal yang memakai topi keledar tutup muka penuh merompak sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim dan melarikan rantai emas bernilai RM1,500.

Kejadian berlaku 11.15 pagi, 1 Februari lalu, mendapati suspek yang menunggang motosikal berhenti di pintu masuk kedai, sebelum meluru dan memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan penukul besi.

Sebelum ini, pada 21 Januari lalu, sebuah kedai emas di lokasi sama turut disamun namun suspek gagal melarikan barang kemas di kedai berkenaan.

Berita berkaitan

'Perompak gemuk mengidam rantai emas'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 5:53 PM