KAMPUNG Tandek Laut di Kota Marudu antara lokasi yang terjejas akibat banjir di Sabah. FOTO Recqueal Raimi
KAMPUNG Tandek Laut di Kota Marudu antara lokasi yang terjejas akibat banjir di Sabah. FOTO Recqueal Raimi
Wan Faizal Ismayatim


BANJIR di Sabah yang masuk hari ketiga menyaksikan seramai 2,141 mangsa daripada 542 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu bagaimanapun mencatatkan penurunan berbanding 2,709 orang daripada 686 keluarga setakat petang semalam dengan daerah yang masih terjejas ialah Kota Marudu, Pitas serta Daerah Kecil Paitan.

Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah, Kota Marudu mencatatkan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 1,990 daripada 504 keluarga membabitkan 10 pusat pemindahan.

Seramai 124 mangsa banjir daripada 30 keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di Daerah Kecil Paitan, manakala 27 penduduk daripada lapan keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pitas iaitu di SK Pekan II dan Kampung Kusilad.

Difahamkan, keadaan banjir terutama paras sungai di lokasi terjejas di tiga daerah terbabit semakin menunjukkan penurunan dan dijangka beberapa lagi PPS akan ditutup hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 January 2019 @ 9:59 AM