BOMBA memadamkan kebakaran bas di tempat kejadian. FOTO Ihsan Bomba.
BOMBA memadamkan kebakaran bas di tempat kejadian. FOTO Ihsan Bomba.
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


SEBUAH bas kilang dan lori satu tan yang diletakkan di tepi jalan Kawasan Perindustrian Tuanku Ja’afar, Senawang, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan Rashid Tugiman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 7.53 pagi dan sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi.

“Anggota tiba 10 minit kemudian, mendapati api marak membakar dua kenderaan berkenaan.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal api. Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, dua kenderaan itu dipercayai diletakkan di tepi jalan kerana rosak dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 11:23 AM