KEBAKARAN kenderaan di Batu Berendam malam tadi. FOTO Arifin Salleh

Oleh Arifin Salleh

Melaka: Tiga kenderaan membabitkan kereta, van dan lori yang diletakkan di hadapan bangunan kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, terbakar, 7.50 malam tadi.

Komander Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Azlan Wan Abd Jalil berkata, bomba menerima panggilan pada 7.53 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Tujuh pegawai dan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Mohd Shahrulnizam Sidek tiba di lokasi pada 8.05 malam dan mendapati dua kenderaan iaitu sebuah kereta dan van terbakar 100 peratus.

"Manakala lori satu tan terbakar 50 peratus dan api dapat dikawal dalam masa 10 minit.

"Pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian," katanya di lokasi, malam tadi.

Beliau berkata, kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 9:31 AM