M Manogaran (kanan) dan Yong Syefura Othman berbincang ketika membuat lawatan ke bilik gerakan di Felda Sungai Koyan 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
M Manogaran (kanan) dan Yong Syefura Othman berbincang ketika membuat lawatan ke bilik gerakan di Felda Sungai Koyan 3. FOTO Farizul Hafiz Awang
TN Alagesh dan Nik Sukry Ramli

PERTEMBUNGAN empat penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bukanlah pertandingan untuk mewakili kaum atau etnik tertentu di kawasan berkenaan.

Calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran sebaliknya berpendapat, PRK itu adalah medan untuk 32,009 pengundi kawasan berkenaan memilih pemimpin yang boleh mewakili suara semua penduduk berbilang kaum di Parlimen Cameron Highlands.

"Janganlah kita terus memainkan atau menimbulkan isu bahawa PRK kali ini adalah satu pertandingan untuk membuktikan siapa yang boleh membela nasib kaum atau etnik tertentu sahaja.

"Ini adalah perlawanan antara PH, Barisan Nasional (BN) dan dua calon BEBAS... tidak sepatutnya timbul persoalan mengenai calon ini mewakili kaum tertentu semata... kita nak pilih mereka (Ahli Parlimen) yang boleh memperjuangkan nasib semua kaum dan etnik yang ada di sini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Ceramah Umum dan Majlis Memperkenalkan Calon PH di Bilik Gerakan PH FELDA Sungai Koyan 3, dekat Lipis, malam tadi.

Turut hadir Penyelaras Kempen PH Bagi Kawasan Jelai, Young Syefura Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari.

PRK Parlimen Cameron Highlands menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan Manogaran; calon BN, Ramli Mohd Nor; serta dua calon BEBAS, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 10:34 AM