Nazirul Roselan


LELAKI bekas penagih dadah dan mengidap masalah mental ditemui mati dipercayai selepas menggantung diri di FELDA Padang Piol, Jerantut, hari ini.

Mangsa ditemui tergantung pada pokok di belakang rumahnya oleh adik iparnya yang menyedari mangsa tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mazlan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan daripada adik ipar mangsa pada 7.15 pagi selepas menemui abang iparnya tergantung pada 6.30 pagi.

“Anggota bertugas ke lokasi berkenaan menemui dan mengesahkan mangsa dalam keadaan tergantung pada pokok.”

“Mangsa yang menetap di Kangar, Perlis dipercayai pulang ke rumah adik iparnya sejak tiga minggu lalu untuk menemui tiga anaknya di FELDA Jengka 21 Maran“, katanya.

Mazlan berkata, rekod kesihatan mangsa mendapati mangsa adalah bekas penagih dan menghidap masalah mental dan bergantung dengan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat dan kes klasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 3:52 PM