JOHARI  (tengah) melihat kekecohan yang berlaku di luar dewan, kelmarin.
JOHARI (tengah) melihat kekecohan yang berlaku di luar dewan, kelmarin.
Nor Farhani Che Ad

Sungai Petani: Kekecohan yang berlaku pada proses pemilihan pimpinan PKR Kedah kelmarin, dipercayai sengaja dirancang pihak tertentu termasuk pemimpin parti yang tidak berpuas hati.

Calon Ketua Cabang PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, antara situasi dilaporkan adalah kehadiran pemimpin tertentu bersama kumpulannya membuat kekecohan pada pemilihan Cabang PKR Jerai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Hwa, Gurun.

Katanya, kehadiran pemimpin yang tidak bertanding di Cabang PKR Jerai jam 2.45 petang itu seakan sengaja apabila mereka turut mencetuskan kekecohan dengan merosakkan peralatan di pusat pemilihan.

“Awalnya berlaku masalah teknikal pada sistem e-undi di Cabang PKR Jerai, namun sistem kembali boleh digunakan dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Rashid Din meminta pemilihan diteruskan dan proses pemilihan berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekitar jam 2.45 petang, ada sekumpulan individu membuat kekecohan di pusat mengundi dengan menghalau pengundi serta merosakkan peralatan di dalam pusat mengundi,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 11:16 AM