ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan kepala anak kambing daripada tin. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan kepala anak kambing daripada tin. FOTO ihsan Bomba
Faris Fuad


TIN tersangkut di kepala anak kambing. Itu situasi diberikan oleh pengadu kepada anggota bomba ketika membuat panggilan kecemasan di Kuala Selangor, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, kejadian itu berlaku di Lot 461, Kampung Sungai Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor, pada 9.10 pagi.

Katanya, pihaknya mengerahkan lapan angggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor ke lokasi itu bagi menangani isu berbangkit.

"Anggota membuat pemeriksaan dan dapati ada tin tersangkut di kepala anak kambing.

"Kita berjaya mengeluarkan kepala dari tin itu dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 September 2018 @ 10:16 AM