PELANGGAN menunjukkan resit Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan kadar 6 peratus yang berkuatkuasa 1 September 2018 di restoran di Butterworth, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
PELANGGAN menunjukkan resit Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan kadar 6 peratus yang berkuatkuasa 1 September 2018 di restoran di Butterworth, Pulau Pinang. FOTO Ramdzan Masiam
Shamsul Munir Safini


RESTORAN nasi kandar di Butterworth sudah mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan kadar 6 peratus bagi makanan dijual mereka, di sini.

Seorang daripada pelanggan yang ditemui menyatakan rasa terkejut sebaik mengetahui perkara itu kerana dia difahamkan bahawa SST hanya dikenakan kepada pihak pengilang dan bukan peniaga.

"Saya difahamkan SST dikenakan kepada pihak pengilang dan tidak menjangkakan menu di kedai makanan juga akan dikenakan cukai.

"Kami sekeluarga bersarapan pagi di sini sempena cuti sekolah dan harga yang dikenakan berbeza ketika kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar kosong peratus," katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas melihat resit bayaran yang tertulis jumlah SST yang dikenakan kepada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 11:48 AM