GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Shahrul Nizam Mohamad


ANGGOTA polis cedera dipercayai terkena tembakan ketika menyerahkan senjata api selepas selesai bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis, petang hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang, mangsa Koperal Khairul Azmi Bahar, 30, cedera di paha kanan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, mangsa terkena tembakan itu ketika rakan setugasnya melakukan pemeriksaan sama ada senjata api berkenaan mempunyai peluru atau tidak.

“Secara tidak sengaja anggota itu tertarik picu senjata api berkenaan sebelum tertembak paha kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan polis dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 11:08 PM