ZULKIFLI berada di sisi Nur Zulaika Khumaira yang dirawat di HSNZ Kuala Terengganu selepas tangan kirinya terputus akibat baju dipakainya terbelit pada rim tayar motosikal,  baru-baru ini. FOTO Ghazali Kori.
ZULKIFLI berada di sisi Nur Zulaika Khumaira yang dirawat di HSNZ Kuala Terengganu selepas tangan kirinya terputus akibat baju dipakainya terbelit pada rim tayar motosikal, baru-baru ini. FOTO Ghazali Kori.
Zatul Iffah Zolkiply


SELEPAS lima hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek, Marang, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifili, 7, yang putus tangan kiri selepas baju sejuk dipakainya tersangkut pada rim motosikal, mula bertanya kepada bapanya bila dia boleh kembali bersekolah.

Menurut Zulkifli Mohamad, 38, Khumaira ada bertanyakan kepadanya bila boleh pulang ke rumah dan dibenarkan ke sekolah seperti biasa.

“Pagi tadi, kakak tanya soalan macam itu. Mungkin dia rindukan guru dan kawan-kawannya sebab itu dia mahu ke sekolah.

“Kalau diikutkan, keadaan kakak stabil dan pagi tadi ketika jururawat membersihkan luka di tangannya, saya dimaklumkan lukanya semakin elok.

“Itu perkembangan yang baik, tetapi saya tidak pasti bila kakak boleh dibenarkan pulang. Saya dan keluarga cuma berharap segalanya dipermudahkan.

“Sebagai ayah, saya kagum dengan semangat dan kecekalan kakak. Melihat keadaannya yang tidak menyentuh hal mengenai tangannya, dia seakan-akan sudah reda dengan kejadian menimpanya,” katanya.

Dalam kejadian 9.30 malam Khamis lalu, Nur Zulaikha Khumaira bersama adik bongsunya, Aqil Zafran, 2, membonceng motosikal Honda Wave ditunggang kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Rozali, 18, untuk ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) bagi mendapatkan cop pengesahan permohonan borang biasiswa.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, baju sejuk dipakai kanak-kanak itu tersangkut pada rim motosikal berkenaan menyebabkan tangan kirinya putus di lokasi kejadian.

Kemalangan di Kampung Binjai Bongkok, Marang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib malang kanak-kanak itu.

Berita berkaitan

'[UPDATE] MB sedia taja tangan palsu Khumaira'

'[UPDATE] Nur Zulaikha nak tangan palsu [METROTV]'

'Ya Allah, tangan ku...'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 5:50 PM