KEADAAN banjir di Kampung Serapoh,Parit. FOTO IHSAN BOMBA
KEADAAN banjir di Kampung Serapoh,Parit. FOTO IHSAN BOMBA
Balqis Jazimah Zahari


KEADAAN banjir di Perak semakin buruk apabila bilangan mangsa banjir meningkat tiga kali ganda kepada 444 orang daripada 114 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berikutan hujan lebat berlarutan sejak petang semalam.

Dua daerah terbaharu terjejas banjir adalah Perak Tengah dan Manjung.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD) berkata, jumlah mangsa meningkat mendadak berbanding hanya 142 mangsa daripada 38 keluarga yang dilaporkan sebelumnya.

"Terbaharu, berlaku banjir di kawasan Kampung Serapoh dan Buluh Akar di daerah Perak Tengah.

"Satu pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3 Parit di daerah itu yang menempatkan 150 orang daripada 41 keluarga," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, di daerah Manjung pula tiga kampung terjejas iaitu Paya Lima, Masjid dan Kampung Tersusun.

"PPS dibuka di SK Beruas di daerah Manjung yang menempatkan 150 mangsa daripada 35 keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 2:22 AM