WARTAWAN menunggu di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. SFOTO EDMUND Samunting
WARTAWAN menunggu di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. SFOTO EDMUND Samunting
Mohd Izham Unnip Abdullah


PEMBENTUKAN kerajaan baharu negeri Sabah genting apabila parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR masing-masing terikat 29 kerusi.

Baki dua daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) lagi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ia berdasarkan keputusan rasmi yang di semua 60 DUN terbabit.

Kedudukan itu menyukarkan kedua-dua pihak untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Di pihak BN, beberapa calon yang memenangi kerusi masing-masing kini berkampung di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah bersama Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Setakat ini, UMNO menang 16 kerusi, PBS (enam), UPKO (lima), manakala, PBRS (satu kerusi).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 4:15 AM