KANAK-KANAK  bergambar bersama Ejen Ali sempena Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
KANAK-KANAK bergambar bersama Ejen Ali sempena Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
PENGUNJUNG bergambar bersama Biskut Tin sempena Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
PENGUNJUNG bergambar bersama Biskut Tin sempena Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
NANA Al Haleq ketika hadir Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
NANA Al Haleq ketika hadir Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
SITI Farah Buang (dua kanan) bersama Nurfadhilah Buang (kanan), Nursyamimi Amanina Razali dan Siti Nurzahirah Buang (kiri) bermain Congkak pada Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
SITI Farah Buang (dua kanan) bersama Nurfadhilah Buang (kanan), Nursyamimi Amanina Razali dan Siti Nurzahirah Buang (kiri) bermain Congkak pada Gegaria Fest. FOTO Zunnur Al Shafiq
ANTARA pengunjung yang hadir sempena Gegaria Fest. FOTO Saddam Yusoff
ANTARA pengunjung yang hadir sempena Gegaria Fest. FOTO Saddam Yusoff
Rizanizam Abdul Hamid dan Luqman Arif Abdul Karim

FESTIVAL hiburan dan inspirasi tanpa henti Gegaria Fest 2018 #KitaOK merekodkan kira-kira 140,000 pengunjung sepanjang lima edisi penganjurannya tahun ini bermula Februari lalu.

Pengurus Projek Khas & Perkhidmatan Pelanggan Pengiklanan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohammad Anis Abdullah berkata, edisi kelima Gegaria Fest di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur hari ini dijangka merekodkan 25,000 pengunjung sehingga kemuncak konsert malam ini.

"Edisi pertama Gegaria Fest 2018 bermula di Shah Alam Februari lalu dengan catatan 25,000 pengunjung diikuti edisi kedua, tiga dan empat Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh masing-masing merekodkan 30,000 pengunjung.

"Selepas Kuala Lumpur, edisi ke enam Gegaria Fest anjuran Media Prima Berhad, ini akan diadakan di Dataran Centrio Seremban 2, pada 7 April, sebelum mengakhiri sirinya di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 14 April," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Mohammad Anis, penganjuran siri jelajah festival itu bertujuan mewujudkan ruang dan peluang untuk berhubung, berkongsi dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

"Ia juga sebenarnya menjadi platform bagi warga milenia mengekspresikan diri, menyatukan belia dan menzahirkan bahawa mereka sentiasa dihargai dan diperlukan, dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

"Melalui festival ini, pengunjung berpeluang meninjau lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan #Gegaria," katanya.

Jelas beliau, Zon Makan-Makan menawarkan pelbagai kendera saji (food truck), makanan segera, makanan tradisional, serta demonstrasi masakan yang disediakan buat pengunjung.

Manakala Zon Throwback Tunnel pula adalah lokasi yang terbaik untuk pengunjug menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara.

"Zon ini menampilkan kontena yang berhias artistik, mempamerkan gambar-gambar yang menceritakan era perkembangan Malaysia bermula pada 1950-an hingga kini.

"Di sini mereka boleh melihat hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad dari koleksi foto Pusat Sumber NSTP yang pastinya akan membawa para pengunjung mengimbau kenangan lalu dan memberi inspirasi kepada generasi masa kini," katanya.

Tarikan lain yang terdapat di Gegaria Fest termasuk Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle) yang memberi peluang pengunjung mendengar sesi perkongsian berkaitan Kesihatan daripada Hanif Shawn, Dr Say dan Nana Al-Haleq, Perkahwinan oleh Chazynash, Karier oleh Faizdickie dan Vikar, Fesyen dan Kecantikan oleh Elfira Loy.

Turut sama ialah Kisah Kejayaan SPM oleh Wani Kayrie, tutorial solekan oleh Noriana The Face Designer serta Sesi Meet & Greet bersama Reen Rahim & Eyka Farhana serta Bunkface.

Manakala untuk kanak-kanak pula, Mohammad Anis berkata, penganjur menyediakan peraduan mewarna dengan penampilan istimewa oleh Ejen Ali.

"Zon Komuniti pula menawarkan pelbagai aktiviti bermula 10 pagi termasuk semakan daftar pemilih dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Negeri.

"Antaranya pemeriksaan gigi, ujian kecergasan serta ujian saringan kesihatan," katanya.

Tambahnya, Zon Hiburan adalah antara tarikan yang dinanti-nantikan orang ramai

beroperasi sepanjang hari dari 8 pagi hingga 10 malam melalui bahagian berbeza.

Pentas utamanya bermula dengan Zumba #Gegaria pada awal pagi, permainan tradisional seperti timbang takraw, ting-ting, congkak dan buih gergasi.

Turut ditawarkan adalah e-gamespermainan elektronik yang bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena untuk permainan Fifa Online 3 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Terdapat juga Playstation 4, Nintendo dan XBOX untuk hiburan para pengunjung selain permainan Virtual Reality yang memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.

Kemuncak acara ialah Konsert #Gegaria di pentas utama yang menampilkan selebriti seperti 'lAmNeeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bunkface dan Bittersweet.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 5:17 PM