Norasikin Daineh


TIMBALAN Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bersama seorang lagi jurutera jabatan itu ditahan semula di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan jabatan itu.

Bagaimanapun, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 58 dan 39 tahun itu ditolak oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, hari ini.

Mahkamah menolak permohonan itu kerana ia sama dengan hasil siasatan sebelum ini.

Prosiding dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basarudin manakala kedua-dua suspek diwakili oleh Sugumar Balakrishnan.

Menurut sumber yang rapat dengan SPRM, kedua-dua ditahan semula selepas dibebaskan semalam di pejabat SPRM antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang semalam.

Mereka ditahan berhubung laporan terbaru berkaitan projek JKNS yang membabitkan nilai RM56 juta dengan beberapa syarikat antara 2012 hingga 2017.

Laporan itu diterima ketika mereka masih dalam siasatan tahanan reman sebelum ini.

KOTA KINABALU 01 FEBRUARI 2018. Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa dua individu ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu berhubung siasatan pemberian rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek-projek Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS). NSTP/MALAI ROSMAH TUAH. (mohon blurkan wajah)
KOTA KINABALU 01 FEBRUARI 2018. Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa dua individu ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu berhubung siasatan pemberian rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek-projek Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS). NSTP/MALAI ROSMAH TUAH. (mohon blurkan wajah)

Sementara itu, tempoh reman seorang lagi kontraktor berusia 60 tahun disambung selama dua hari mulai esok bagi membantu siasatan kes sama.

Dengan perkembangan itu, SPRM setakat ini sudah menahan tujuh suspek namun empat daripada mereka dibebaskan semalam.

Mereka yang ditahan termasuk yang terbaru dua penolong jurutera JKNS berusia 36 dan 38 tahun.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan jumlah wang yang dibekukan dalam siasatan kes itu adalah RM5.3 juta.

Jumlah itu meliputi wang tunai di peti keselamatan dan wang yang disimpan dalam beberapa akaun bank milik beberapa suspek.

SPRM juga memberitahu pihaknya sudah mendaftarkan kaveat untuk menyekat hak milik beberapa hartanah , termasuk rumah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah daripada tukar milik.

Kebanyakan projek disiasat dalam kes itu berkaitan dengan penyelenggaraan landasan dan kereta api, termasuk peruntukan kecemasan dengan ada antaranya tidak dilaksanakan.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/308683/kes-jkns-empat-dibebas...">Kes JKNS: Empat dibebaskan [METROTV]

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/307742/jumpa-rm16-juta-pula">Jumpa RM1.6 juta pula

Jumpa RM1.6 juta pula

Akaun + peti simpanan = RM5.3 juta

Kenyang makan rasuah

Empat direman kes rasuah projek kereta api

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 2:51 PM