LIMA belas motosikal disita dan 92 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), 1 pagi, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
LIMA belas motosikal disita dan 92 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), 1 pagi, hari ini. FOTO Ihsan PDRM
Zulfa Mohamad


LIMA belas motosikal disita dan 92 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), hari ini.

Operasi bersepadu bermula 1 pagi itu dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Seberang Prai.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi dilakukan bagi memerangi kegiatan mat rempit yang menjadikan kawasan terbabit sebagai lokasi lumba haram.

“Walaupun hujan renyai, namun golongan ini masih berdegil dan menunjukkan pelbagai aksi yang boleh mengundang bahaya kepada mereka dan juga pengguna jalan raya lain.

“Hasil pemeriksaan kita dapati ada yang tidak mempunyai lesen sah dan ada juga penunggang bawah umur dan semua mereka dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 2:34 PM