ANTARA tiga penunggang motosikal yang ditahan keerana berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Bagan Ajam di sini. FOTO ihsan PDRM
ANTARA tiga penunggang motosikal yang ditahan keerana berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, Bagan Ajam di sini. FOTO ihsan PDRM
Zuhainy Zulkiffli


Butterworth: Berlumba dan melakukan aksi berbahaya di jalan raya membawa padah buat tiga penunggang motosikal apabila mereka ditahan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini, semalam.

Aktiviti berlumba sesama sendiri itu dikesan pihak berkuasa ketika menjalankan Op Samseng Jalanan pada 11 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dua daripada lelaki terbabit dilihat berlumba sesama sendiri dari Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) menghala ke rumah tol BORR.

Katanya, seorang lagi lelaki ditahan kerana melakukan aksi 'wheelie' yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Mereka berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan sebaik sahaja berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) BORR.

"Ketiga-tiganya terdiri daripada pekerja bengkel, peniaga dan pekerja kilang," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka negatif daripada pengambilan bahan terlarang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 1:06 PM