FOTO Shamsul Munir Safini
FOTO Shamsul Munir Safini
Shamsul Munir Safini


Butterworth: Dua mat rempit dicekup polis ketika aksikan gaya 'superman' di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini, jam 2 pagi tadi.

Dalam operasi dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ( SPU) awal pagi tadi, kedua-dua lelaki berusia 17 dan 18 tahun berkenaan sedang berlumba berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Pantai Bersih lebuh raya itu.

Difahamkan, kedua-dua mereka membuat aksi 'superman' ketika menunggang sebelum dicekup polis.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, salah seorang daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu dan cuba melarikan diri ketika ditahan.

Beliau berkata, pihaknya juga menahan reman kedua-dua mereka empat hari bermula hari ini sehingga Selasa bagi tujuan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 12:11 PM