PELBAGAI jenis mercun bernilai RM28,000 yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor dalam serbuan di sebuah kedai basikal dekat Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, petang semalam. FOTO Ihsan Marin
PELBAGAI jenis mercun bernilai RM28,000 yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor dalam serbuan di sebuah kedai basikal dekat Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, petang semalam. FOTO Ihsan Marin
Izlaily Nurul Ain Hussein


PELBAGAI jenis mercun bernilai RM28,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor dalam serbuan di kedai basikal dekat Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, petang semalam.

Komander PPM W2 Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam Op Landai yang dijalankan pada 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang berada di kedai berkenaan.

"Bertindak atas maklumat, Unit Risikan Marin (URM), PPM W2 Tampoi dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota membuat serbuan di sebuah kedai menjual basikal.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas kedai itu, kita menemui sejumlah kotak disyaki terdapat pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam kedai berkenaan," katanya.

Menurut Paul, barangan yang dirampas terdiri daripada 72 kotak mercun, 209 biji mercun dan 27 papan mercun.

Katanya, lelaki dan barang rampasan itu di bawa ke pangkalan PPM W2 Tampoi untuk proses dokumentasi.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 10:10 AM