Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) pengedar utama motosikal Yamaha di negara ini melancarkan model baru MT-09 di Petaling Jaya, hari ini.

Model 'naked' ini dikuasakan dengan enjin 847cc tiga silinder dengan ciri terkini dipertingkatkan sejak diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada 2014.

Pengarah Urusan HLYM Datuk Jim Khor berkata, model berkonsepkan ‘The Ultimate Street Fighter’ ini diinspirasikan daripada model MT-10 dilancarkan di Eropah tahun lalu.

“Motosikal ini sebagai model pencapaian terbaik Yamaha dalam menyediakan jentera bagi keperluan gaya hidup serta rekreasi dan prestasi tunggangan," katanya ketika pelancaran.

Model MT-09 dan skuter XMax yang dilancarkan hari ini. FOTO Lizam Ridzuan
Model MT-09 dan skuter XMax yang dilancarkan hari ini. FOTO Lizam Ridzuan

Antara ciri terkini Yamaha MT-09 ialah sistem penukar gear pantas (Quick Shift), Klac Gelincir Berbantu (Slipper & Assist Clutch), Kawalan Cengkaman (baru dalam pasaran di Malaysia), Brek Anti-Kunci (ABS) dan suspensi boleh laras.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM47,388 (termasuk GST atas jalan tanpa insurans) dengan dua pilihan warna Hitam Tech dan Kelabu Night Fluo serta setahun waranti atau 10,000 kilometer (km).

Turut diperkenalkan dalam majlis sama ialah model skuter Yamaha XMax dengan enjin 250cc yang bakal memasuki pasaran negara ini pada Mac 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 9:06 PM