Tim (dua dari kiri) dan Jim (kiri sekali) pada pelancaran Yamaha XMax Serba Baharu.
Tim (dua dari kiri) dan Jim (kiri sekali) pada pelancaran Yamaha XMax Serba Baharu.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan model skuter maxi Yamaha XMax Serba Baharu 2023 ke dalam pasaran tempatan.

Pengurus Besar Pemasaran dan 3S HLYM, Hoo Wan Tim berkata model terlaris untuk saiz pertengahan ini mula diperkenalkan di Malaysia pada 2018 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan membantu peningkatan jualan segmen 250cc automatik sebanyak 266 peratus.

"Antara ciri baharu yang ditawarkan pada skuter ini ialah lampu hadapan dan belakang rekaan baharu bentuk X, kluster meter 4.2 inci TFT, sistem Garmin dengan StreetCross dan Y-Connect selain lampu membelok pada kedudukan lebih tinggi," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries (HLI), Datuk Dr Jim Khor.

Skuter ini kekal dengan enjin 250cc silinder tunggal sejukan cecair empat lejang dengan penarafan Euro 4 yang didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Perak Max dan Biru Icon.

Yamaha XMax Serba Baharu ditawarkan harga jualan RM23,998 (atas jalan tanpa insurans) akan mula berada di pasaran pada minggu hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 5:00 PM