XMax 2022
XMax 2022
Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model skuter maxi, Yamaha XMax 2022 dengan ciri kemasan yang dipertingkatkan.

Ia kini dengan pilihan warna kelabu Icon dan kelabu Power dengan corak grafik baharu terdapat pada beberapa bahagian motosikal.

XMax baharu ini juga tampil dengan lampu 'flash' gelap, rekaan kunci kawalan jauh baharu, pelana corak baharu dengan jahitan benang merah atau putih.

Enjin masih kekal 250cc, silinder tunggal, sejukan cecair, SOHC menjana kuasa 23PS pada 7,000 rpm dan tork 24.3Nm pada 5,500 rpm dengan transmisi automatik yang mematuhi piawaian Euro 4 (EU4).

Ia juga dengan brek cakera hadapan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Yamaha XMax Baharu 2022 dijual pada harga RM21,998 (atas jalan tanpa insurans) dengan setiap model didatangkan dengan kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 5:28 PM