Samadin lemas ketika menjaring ikan. FOTO ihsan bomba
Samadin lemas ketika menjaring ikan. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI warga Indonesia ditemui lemas ketika menjaring ikan di Sungai Paya Jaras, Sungai Buloh kira-kira 4 petang, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.51 petang.

“€œSebaik tiba di lokasi kejadian, kami melakukan pencarian di permukaan sungai terbabit.

“€œKami menemui mayat mangsa, Samadin berusia 24 tahun jam 9.21 malam pada kedalaman sembilan meter berhampiran lokasi terakhir dia dilihat.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 11:33 PM