Mohd Nazllie Zainul


STAF Koresponden NST Sabah disamun tiga lelaki dalam kejadian di depan pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) cawangan Sabah di Penampang.

Kristy Inus ketika itu baru keluar dari pejabat di Tropicana Commercial Centre di Jalan Pintas, Penampang, dan berjalan ke keretanya pada 7.30 malam Sabtu.

Berdasarkan rakaman kemera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tiga lelaki datang dari arah jalan sebelum seorang daripada suspek menghampiri wanita itu.

Kristy ketika itu berada di belakang kereta untuk menyimpan barang.

Namun tiba-tiba dihampiri lelaki yang mengacukan sesuatu di belakang mangsa dan cuba merampas dompetnya.

Bimbang dicederakan, mangsa melepaskan dompet berkenaan, sebelum tiga suspek terbabit melarikan diri melalui kawasan belakang premis.

Antara barangan yang hilang ialah dua telefon pintar dan wang tunai.

Mengsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2017 @ 12:23 AM