KRISTI bergambar bersama tulang kakinya. Gambar kanan, antara gambar lucu yang dimuat naik oleh Kristi di dalam Instagram.  FOTO Agensi
KRISTI bergambar bersama tulang kakinya. Gambar kanan, antara gambar lucu yang dimuat naik oleh Kristi di dalam Instagram. FOTO Agensi
Agensi

Oklahoma, Amerika Syarikat: Seorang wanita yang kehilangan kaki kanannya akibat kanser kini menjadi terkenal di Instagram apabila sering bergambar dengan tulang kakinya ketika melancong.

Kristi Loyall, 25, disahkan menghidap sejenis kanser di kaki kanannya dan terpaksa memotong anggota badan itu untuk menyelamatkan nyawanya.

Walaupun kecewa dengan nasibnya tetapi Kristi tetap tabah dan dia meminta untuk menyimpan kakinya selepas anggota itu dipotong.

“Beberapa minggu selepas pembedahan itu saya datang ke hospital untuk mengambil bahagian kaki kanan saya yang dipotong.

“Saya mahu melakukan sesuatu yang melucukan dengan kaki itu walaupun ibu saya membantah dan berkata ia sangat menjijikkan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 9:33 AM